Kru kabin patah kaki jatuh dari pesawat
Sinar Harian
Oktober 15, 2018 18:04 MYT
Oktober 15, 2018 18:04 MYT
Seorang pembantu penerbangan syarikat Air India terjatuh di atas landasan dan mengalami patah kaki ketika dia mahu menutup pintu pesawat.
Insiden itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai hari ini ketika kru melakukan persediaan untuk menyambut penumpang yang menaiki penerbangan ke New Delhi.
"Kru kabin berusia 52 tahun itu terjatuh ketika dia mahu menutup pintu belakang Boeing 777," ujar pengurus kanan Air India, Pravin Bhatnagar.
Sebelum ini, Air India berdepan dengan pelbagai insiden memalukan dan siri gangguan teknikal.
Minggu lalu, dua juruterbang syarikat penerbangan itu digantung tugas selepas pesawat yang membawa 136 penumpang melanggar tembok perimeter lapangan terbang ketika ia berlepas dan terbang selama hampir empat jam dengan keadaan badan pesawat yang rosak sebelum mendarat selamat. -Agensi
#Air India
#Boeing 777
#India
#Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai
#Mumbai
#New Delhi
#patah kaki
#pesawat
#Pravin Bhatnagar