Krismas tanpa bom mortar di Damsyik

Firdaus Alauddin
Disember 19, 2018 15:13 MYT
Hari Natal diraikan buat julung kalinya di Damsyik - REUTERS
Buat julung kalinya pelbagai hiasan Hari Natal dipasang dan dinaikkan setelah bertahun-tahun kejiranan Damsyik dijadikan benteng hadapan ketika peperangan Syria berlangsung.
Kerajaan pada awal tahun ini telah membersihkan kawasan wilayah itu dari jajahan kelompok pemberontak.
Menurut pemilik kedai di daerah Qasa yang sentiasa diserang berdekatan dengan kawasan Jobar, Hanna Al Saad, persediaan sambutan Krismas tahun ini lebih baik dan tiada lagi bom mortar.
Untuk tahun ini, Abbasiyeen Square, di mana bom mortar selalunya jatuh, dan kawasan-kawasan berdekatan bandar dihiasi dengan lampu dekorasi dan pokok-pokok krismas, manakala pemuzik-pemuzik dari kumpulan pengakap tempatan sibuk membuat persiapan untuk perbarisan Hari Natal yang telah lama tidak dipertontonkan.
“Kami berasa gembira. Kanak-kanak boleh pergi ke gereja sekarang tanpa perlu berasa risau mengenai keselamatan dan ibu bapa masing-masih lebih berasa terjamin (akan keselamatan anak-anak mereka)," kata Aline Droubi, seorang pemuzik dari kumpulan pengakap yang berlatih di sebuah gereja di Abbasiyeen.
Pinggir timur menimbulkan kekacauan pemberontak-pemberontak sehingga pasukan kerajaan mengambil alih semula kuasa di wilayah Ghouta berkenaan serangan yang disokong Russia yang mana Pasukan Pemerhati untuk Hak-Hak Manusia Syria berkata telah mengakibatkan kematian 1,600 penduduk.
Berdasarkan kenyataan sebuah kumpulan di Facebook yang merakamkan kejadian serangan itu, ketika berlakunya peperangan Syria, serangan balik pemberontak telah membunuh seramai 2,000 orang di Damascus.
Sejurus dari pengambilalihan kawasan timur Ghouta pada bulan April, pasukan kerajaan telah bergerak maju untuk mengambil semula kawasan wilayah selatan Yarmouk, membawa kembali Damascus di bawah kuasa negeri.
“Pada tahun lepas, kami tidak berani untuk berlegar di jalan raya,” kata Abir Ismail, seorang penduduk di kejiranan al-Qasaa, berdekatan dengan bandar Jobar yang telah dikuasai oleh puak bersenjata.
“Kami tidak ada bekalan elektrik dan tiada lampu serta hiasan dekorasi,” tambahnya sambil mempamerkan keterujaannya melihat kepada jalan raya dan rumah-rumah yang telah siap dihias tahun ini.
#bom #Facebook #Kanak-kanak #kerajaan #keselamatan #Russia #serangan #Syria
;