Krisis Ukraine-Rusia: White House umum pakej bantuan ketenteraan

Astro Awani
Mac 4, 2023 08:30 MYT
Karine Jean-Pierre bercakap kepada media di White House, Washington, 3 Mac 2023. (Foto AP)
WHITE House mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu kepada Ukraine pada Jumaat.
Menurut Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre, ini merupakan pakej bantuan keselamatan Amerika Syarikat (AS) yang ke-33 untuk Ukraine terus mempertahankan negara itu daripada pencerobohan Rusia.
"Hari ini, pentadbiran Biden-Harris mengumumkan pakej bantuan keselamatannya yang ke-33 untuk Ukraine, menggunakan pihak berkuasa presiden, ketika kami terus meningkatkan senjata dan peralatan yang Ukraine perlukan untuk mempertahankan diri daripada pencerobohan Rusia.
"Pakej ini termasuk lebih banyak peluru untuk HiMARS dan howitzer yang disediakan AS yang digunakan dengan begitu berkesan oleh Ukraine untuk mempertahankan diri, serta peluru untuk kenderaan tempur infantri Bradley, jambatan pelancar kenderaan berperisai dan peluru dan peralatan perobohan.
"AS akan terus berkempen menggesa seluruh dunia untuk menyokong Ukraine," katanya di Washington DC.
Pengumuman tersebut menyusul seminggu selepas ulang tahun pertama pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan ketika Ukraine berdepan persiapan serangan pada musim bunga.
#Ukraine #Rusia #White House #bantuan ketenteraan
;