Krisis Ukraine-Rusia: AS dan sekutu akan bertindak balas - Joe Biden

Agensi
Februari 24, 2022 11:58 MYT
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengecam 'serangan tanpa provokasi dan tidak wajar oleh tentera Rusia' selepas berlaku letupan di Ukraine.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengecam 'serangan tanpa provokasi dan tidak wajar oleh tentera Rusia' selepas dilaporkan berlaku satu letupan di Ukraine.
Dalam satu kenyataan, Biden berkata, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah memilih perang yang akan membawa kerugian besar dan nyawa serta penderitaan manusia.
"Rusia bertanggungjawab atas kematian dan kemusnahan yang akan dibawa oleh serangan ini.
"Amerika Syarikat serta Sekutu akan bertindak balas secara bersama dan tegas. Dunia akan mempertanggungjawabkan Rusia," katanya.
Sejurus sebelum letupan bermula di Ukraine, Putin mengumumkan operasi ketenteraan.
Biden berkata bahawa dia merancang untuk berucap kepada rakyat Amerika pada Khamis dan akan mengumumkan 'tindakan selanjutnya' mengenai rancangan Amerika Syarikat dan sekutunya untuk dikenakan kepada Rusia.
"Kami juga akan berkoordinasi dengan sekutu NATO kami untuk memastikan tindak balas yang kukuh dan bersatu yang menghalang sebarang pencerobohan terhadap perikatan," kata Biden.
#Amerika Syarikat #Joe Biden #Rusia #Ukraine
;