Krisis sosial di Jerman semakin memburuk akibat inflasi
Astro Awani
Julai 14, 2022 10:10 MYT
Julai 14, 2022 10:10 MYT
INFLASI di Jerman kini menyebabkan berlakunya krisis sosial yang dijangka semakin memburuk untuk beberapa bulan akan datang serta memerlukan penyelesaian tuntas.
Itu amaran pakar ekonomi yang melihat angka 7.6 peratus pada Jun adalah hampir sama dengan angka 50 tahun lepas pada 7.9 peratus.
Inflasi Jerman terjejas susulan gangguan bekalan bahan bakar dari Rusia.
Setakat ini, penganalisis belum melihat penyelesaian jelas kepada masalah inflasi negara itu.
Justeru, gesaan disuarakan agar bantuan kepada golongan berpendapatan rendah disegerakan.