Krisis Rusia-Ukraine: Zelenskyy tidak putus asa, tidak mengaku kalah
Astro Awani
Mac 9, 2022 12:01 MYT
Mac 9, 2022 12:01 MYT
LONDON: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata negaranya akan melawan pencerobohan Rusia tidak mengira di kawasan mana.
Ketika memaklumkan di Parlimen United Kingdom, Zalenskyy turut memaklumkan pihaknya tidak akan berputus asa dan tidak akan mengaku kalah.
Beliau turut menyoroti sejarah Perdana Menteri Britain suatu ketika dahulu, Sir Winston Churchill yang tidak mengalah di medan perang semasa zaman Perang Dunia Kedua.
Zelenskyy turut menggesa Britain untuk meningkatkan sekatan ke atas Rusia dan mengiktiraf Rusia sebagai negara pengganas.
Ucapan Zelenskyy ini adalah pertama kali seorang pemimpin asing dibenarkan berucap di Parlimen.