Krisis Rusia-Ukraine: Ukraine tolak tawaran koridor kemanusiaan Rusia

Astro Awani
Mac 8, 2022 01:22 MYT
Tentera Rusia sebelum ini memaklumkan membuka koridor daripada Kharkiv, Kiev, Mariupol dan Sumy. - Foto fail
KIEV: Ukraine menolak tawaran Rusia utuk membuka koridor kemanusiaan, yang akan membolehkan pelarian dari bandar yang diserang memasuki Rusia dan Belarus.
Timbalan Perdana Menteri Iryna Vereshuk tegaskan, ia bukan tawaran yang boleh diterima.
Kenyataan dikeluarkan ketika rundingan pusingan baharu masih berlangsung.
Tentera Rusia sebelum ini memaklumkan membuka koridor daripada empat bandar Ukraine, Kharkiv, Kiev, Mariupol dan Sumy untuk memberi peluang kepada pelarian menyelamatkan diri.
Ini susulan gencatan senjata yang dikuatkuasa.
Bagaimanapun media antarabangsa melaporkan pertempuran masih berterusan di empat bandar tersebut.
#Ukraine #Rusia #tawaran #rundingan