Krisis Rusia-Ukraine: Tiga pemimpin Eropah lawat Zelenskyy

Hafizi Rosli
Mac 16, 2022 08:56 MYT
Tiga pemimpin dari Poland, Slovenia dan Republik Czech pergi ke Kiev dengan menaiki kereta api bagi mempamerkan sokongan kepada Ukraine. - Foto Twitter/@MorawieckiM
KEBERANIAN tiga pemimpin Eropah melakukan perjalanan yang panjang dan berisiko dengan menaiki kereta api dari Poland ke Kiev mendapat perhatian masyarakat dunia.
Perdana Menteri Poland, Slovenia dan Republik Czech itu tiba pada lewat Selasa sebagai memberi sokongan kepada Ukraine walaupun bandar itu dalam keadaan perintah berkurung selama 35 jam.
Idea asal lawatan itu dicetuskan Poland menerusi Perdana Menterinya Mateusz Morawiecki yang mahu menyampaikan mesej bahawa Ukraine tidak bersendirian menghadapi peperangan.
Morawiecki dan Perdana Menteri Republik Czech Petr Fiala, serta Janez Jansa dari Slovenia, adalah tiga pemimpin pertama yang melawat Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy sejak Rusia melancarkan perang ke atas negara jirannya itu 24 Feb lalu.
Timbalan Menteri Luar Poland Marcin Przydacz mengakui ia berisiko, tetapi berkata ia "berbaloi" demi menzahirkan sokongan mereka terhadap Ukraine.
Katanya, pihaknya juga telah memaklumkan kepada Rusia berhubung lawatan itu.
Para pemimpin memutuskan untuk melakukan perjalanan dengan kereta api kerana sekiranya menggunakan jet tentera Poland, ia boleh dilihat Rusia sebagai provokatif dan berbahaya.
Namun masih belum diketahui bila kesemua mereka akan pulang semula ke Warsaw.

It is here, in war-torn Kyiv, that history is being made. It is here, that freedom fights against the world of tyranny. It is here that the future of us all hangs in the balance. EU supports UA, which can count on the help of its friends - we brought this message to Kyiv today. pic.twitter.com/Us7k9xTq5f

— Mateusz Morawiecki (@MorawieckiM) March 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ukraine #tiga pemimpin Eropah lawat Kiev #poland #Volodymyr Zelenskyy
;