Krisis Rusia-Ukraine: Sepanyol hantar barang keperluan ke Ukraine
Astro Awani
Februari 28, 2022 11:50 MYT
Februari 28, 2022 11:50 MYT
TORREJON DE ARDOZ: Dua pesawat Sepanyol berlepas dari Pangkalan Udara Torrejon de Ardoz di luar Madrid pada Ahad dengan membawa bekalan keperluan ke Ukraine.
Pesawat tentera Airbus A400M memuatkan peralatan perlindungan peribadi dan bekalan kebersihan yang dihantar ke Ukraine ketika mana pencerobohan Rusia masih berterusan ke atas negara itu.
Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares juga melawat pusat krisis pada Ahad membantu warga Sepanyol yang masih terperangkap di Ukraine.
Pertempuran dilaporkan berlaku di Kiev pada Ahad dan di bandar kedua terbesar di Ukraine, Kharkiv.
Di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat, Ukraine mengumumkan bahawa delegasi dari negara itu telah bersetuju untuk bertemu dengan pegawai Rusia untuk perbincangan.