Krisis Rusia-Ukraine: Sekatan Barat terhadap Rusia, tidak hentikan keganasan - Zelenskyy

Agensi
Februari 25, 2022 15:51 MYT
Zelenskyy berkata, tindakan negara Barat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia dilihat tidak menghentikan keganasan yang dilakukan tentera Rusia. - Reuters
KIEV: Krisis antara Rusia dan Ukraine dilihat terus berlarutan meskipun pelbagai tekanan diberikan dunia terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin agar menghentikan operasi ketenteraan terhadap Ukraine.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, tindakan negara Barat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia dilihat tidak menghentikan keganasan yang dilakukan tentera Rusia.
Memetik laporan agensi berita antarabangsa, Zelenskyy berkata, dunia ketika ini hanya mampu melihat keadaan di Ukraine dari jauh.
Jelas Zelenskyy, tentera Rusia dilihat menggunakan peluru berpandu untuk membedil beberapa kawasan di negara itu pada jam 4 pagi (waktu tempatan).
Bagaimanapun, tentera darat Rusia di beberapa kawasan telah menghentikan pergerakan mereka.
Zelenskyy dalam ucapan disiarkan televisyen tempatan pada Jumaat menegaskan serangan Rusia bukan hanya kepada pihak tentera Ukraine, sebaliknya orang awam turut menjadi mangsa.
#Ukraine #Rusia #Vladimir Putin #Volodymyr Zelensky
;