Krisis Rusia-Ukraine: Rakyat Malaysia lalui perjalanan darat selamat tiba di Poland

Hakim Rahman
Februari 27, 2022 08:50 MYT
Konvoi bersama Fadillah (tengah) disambut dua pegawai kedutaan Malaysia di Poland. - Foto Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine telah selamat tiba ke Poland kira-kira jam 5.45 pagi tadi selepas mengharungi perjalanan darat lebih 10 jam dari ibu negara Ukraine, Kiev.
Konvoi itu memindahkan sembilan rakyat Malaysia, dua anggota keluarga warga Ukraine dan seorang warga Singapura itu tiba Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine-Poland.
Ia diketuai Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, Fadillah Daud yang disambut dua pegawai kedutaan Malaysia di Poland sebaik tiba.
SEMUA MENGENAI KRISIS RUSIA-UKRAINE DI SINI
Perkara tersebut disahkan disahkan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah di akaun Twitter beliau.

Alhamdulillah, konvoi yang memindahkan 9 rakyat Malaysia & 2 tanggungan mereka serta seorang warga Singapura dari Kyiv yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara @MYEmbKyiv, Cik Fadhilah Daud telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dengan Poland. pic.twitter.com/gWPCrU5lwl

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) February 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katanya, kesemua mereka yang dievakuasi termasuk pegawai-pegawai pengiring akan meneruskan perjalanan ke Warsaw, Poland.
“Wisma Putra sentiasa berhubung rapat dengan pegawai-pegawai Kedutaan bagi memastikan keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang dievakuasi dan juga konvoi yang turut serta,” kata Wisma Putra dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan sekumpulan diplomat Malaysia yang terkandas di Kiev didakwa dalam perjalanan untuk keluar dari Ukraine menuju ke Poland menggunakan jalan darat.
Mereka dikatakan tidak berjaya keluar dari negara itu sebelum tentera Rusia menghampiri ibu negara Ukraine berkenaan,
Portal South China Morning Post melaporkan, mereka yang melarikan diri itu terdiri daripada lapan rakyat Malaysia dan dua warga asing yang bergerak menaiki empat kereta.
BACA: Krisis Rusia-Ukraine: Diplomat Malaysia larikan diri ke Poland guna jalan darat - Laporan
“Kesemua mereka mengambil tindakan tersebut disebabkan bas yang disewa tidak tiba,” menurut portal itu.
#Ukraine #Rusia #diplomat #Malaysia
;