Krisis Rusia-Ukraine: Putin tandatangan dekri jamin kestabilan kewangan

Bernama
Mac 2, 2022 12:15 MYT
Putin juga menandatangani dekri yang memperkenalkan "langkah ekonomi khas" untuk mengurangkan kesan gelombang baharu sekatan Barat. - Foto AP
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani dekri yang memperkenalkan langkah-langkah ekonomi sementara bagi memastikan kestabilan kewangan negara, umum Kremlin pada Selasa.
Langkah-langkah itu akan dilaksana sebagai tindak balas terhadap sekatan anti-Rusia oleh Amerika Syarikat, negara lain dan organisasi antarabangsa, menurut dekri itu.
Antara langkah itu, Rusia akan mengharamkan aliran keluar mata wang asing dalam jumlah yang melebihi nilai bersamaan AS$10,000 mulai Rabu, lapor Xinhua.
Berkuatkuasa Rabu, sekatan berhubung urus niaga sekuriti, hartanah dan pinjaman akan dikenakan ke atas warga asing yang dikaitkan dengan negara yang telah mengambil tindakan anti-Rusia.
Pada Isnin, Putin juga menandatangani dekri yang memperkenalkan "langkah ekonomi khas" untuk mengurangkan kesan gelombang baharu sekatan Barat di tengah-tengah operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine.
-- BERNAMA
#Vladimir Putin #Dekri #kestabilan kewangan #sekatan
;