Krisis Rusia-Ukraine: Puluhan ribu orang awam, pegawai Rusia dipindahkan

Astro Awani
Oktober 19, 2022 07:30 MYT
Kereta perisai Rusia dilihat di bandar Kherson. - Foto REUTERS
KHERSON: Puluhan ribu orang awam dan pegawai yang dilantik oleh Rusia kini sedang dipindahkan dari wilayah Kherson di selatan Ukraine susulan serangan oleh pihak Ukraine.
Menurut pihak Rusia, semua jabatan dan kementerian yang dilantik Rusia akan menyeberangi Sungai Dnieper.
Dilaporkan kira-kira 60,000 orang akan dipindahkan secara beransur-ansur.
Ukraine dalam pada itu menyeru penduduk supaya tidak mengendahkan langkah Rusia itu.
Ketua pentadbiran wilayah Kherson berkata Rusia mahu menjadikan orang awam sebagai tebusan dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia.
Pemindahan orang awam oleh Rusia dari wilayah yang diduduki dianggap sebagai jenayah perang.
Pada malam Selasa, penduduk di Kherson mula menerima mesej teks, menggesa mereka berpindah dengan segera bagi mengelak serangan di kawasan kediaman oleh tentera Ukraine.
Mesej itu mengatakan pengangkutan merentasi Sungai Dnieper akan tersedia dari jam tujuh pagi pada hari Rabu.
#serangan #orang awam #pindah #Sungai Dnieper
;