Krisis Rusia-Ukraine: Presiden Ukraine sedia runding dengan Rusia
Astro Awani
Februari 26, 2022 07:25 MYT
Februari 26, 2022 07:25 MYT
KIEV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy umum negara itu terbuka untuk berunding dengan Rusia.
Kata Zelenskyy, rundingan satu-satunya yang boleh dilakukan ketika ini.
Menurut beliau, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev sudah menawarkan diri menjadi penaja bagi rundingan berkenaan.
"Presiden Azerbaijan dan Presiden Turki menawarkan diri untuk menganjurkan rundingan dengan Rusia.
"Sekatan ke atas laluan kapal perang ke laut hitam adalah sesuatu yang penting. Ia telah dilakukan," katanya.
Turki bagaimanapum belum umum sebarang sekatan ke atas kapal perang Rusia untuk melalui Selat Turki.
Sementara itu Zelenskyy memaklumkan diplomat Ukraine berjaya memujuk negara sekutunya memutuskan sistem pembayaran antarabangsa (Swift).
Tindakan itu dakwa beliau akan menjejaskan Rusia.
Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebelum ini yakin penggantungan Rusia daripada sistem Swift adalah sebahagian daripada siri sekatan baharu yang akan dikenakan.