Krisis Rusia-Ukraine: PM India desak Putin hentikan keganasan di Ukraine

Agensi
Februari 25, 2022 15:59 MYT
Memetik laporan agensi antarabangsa, Modi dikatakan telah berhubung dengan Putin menerusi panggilan telefon bagi mendesak agar keganasan dilakukan Rusia dihentikan serta merta. - Reuters
NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi mendesak agar Presiden Rusia, Vladimir Putin menghentikan keganasan di Ukraine.
Memetik laporan agensi antarabangsa, Modi dikatakan telah berhubung dengan Putin menerusi panggilan telefon bagi menyatakan hasrat itu.
Memetik laporan antarabangsa, pejabat Modi antara lain menyatakan bahawa perbualan antara dua pemimpin itu bagi memastikan keganasan yang dilakukan Rusia dihentikan serta-merta dan pintu rundingan dibuka.
"Modi mengulangi keyakinannya yang lama bahawa perbezaan antara Rusia dan kumpulan NATO hanya boleh diselesaikan melalui dialog yang jujur ​​dan ikhlas.
"Modi merayu agar keganasan dihentikan serta-merta, dan menyeru usaha bersepadu dari semua pihak untuk kembali ke pintu rundingan dan diplomatik dialog," jelas kenyataan itu.
Jelasnya, India tidak mengutuk tindakan Rusia itu, mahupun mengenakan sebarang sekatan terhadap negara terbabit kerana telah menjalinkan kerjasama sejak zaman Kesatuan Soviet lagi.
Operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine masuk hari kedua dan menyaksikan lebih banyak kawasan dibedil peluru berpandu Rusia yang mensasarkan kawasan strategi ketenteraan Ukraine.
#Ukraine #Rusia #Narendra Modi #Vladimir Putin
;