Krisis Rusia-Ukraine: Penduduk Kyiv teruskan latihan pertahan diri

Agensi
Februari 5, 2022 23:33 MYT
Penduduk Kyiv daripada pelbagai peringkat umur mula berlatih seni mempertahankan diri bagi melindungi diri dan keluarga mereka. - Reuters
KYIV: Penduduk Kyiv meneruskan latihan mempertahankan diri di pinggir bandar itu pada Sabtu susulan kebimbangan pencerobohan Rusia ke atas sempadan Ukraine.
Kebanyakan sukarelawan bersama-sama bekas tentera mula mempelajari cara untuk menggunakan senjata api dan menguruskan bantuan awal perubatan.
Tidak melepaskan peluang, penduduk Kyiv daripada pelbagai peringkat umur mula berlatih seni mempertahankan diri bagi melindungi diri dan keluarga mereka.
Antaranya, Yana, merupakan seorang ahli kimia dari Kyiv yang percaya bahawa menjadi tanggungjawab setiap orang untuk membantu negara jika berlaku pencerobohan Rusia.
Penduduk juga percaya, setiap orang perlu ada sekurang-kurangnya latihan asas ketenteraan.
Moscow sebelum ini bertegas tidak merancang untuk menyerang Ukraine, sebaliknya hanya menempatkan 100,000 tentera di sempadan negara sebagai usaha menuntut Ukraine dikecualikan daripada menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
#krisis #Rusia #Ukraine #Kyiv
;