BERLIN: Pemimpin negara anggota G7 pada Khamis sepakat mengenakan sekatan tambahan lebih "ketat" ke atas Rusia berikutan pencerobohan ke atas Ukraine, lapor Jiji Press.
"Kami (G7) akan mengenakan sekatan ekonomi dan kewangan lebih ketat. Kami menyeru semua pihak dan masyarakat antarabangsa mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu," ," menurut kenyataan bersama pemimpin G7 selepas mengadakan mesyuarat secara dalam talian.
Pemimpin G7 berkata serangan Rusia ke atas Ukraine "tanpa provokasi dan tidak berasas" dan disifatkan satu "ancaman serius kepada undang-undang antarabangsa, boleh memberi kesan sehingga ke Eropah."
Sambil menggesa Rusia menghentikan segera serangan itu, pemimpin G7 menegaskan "sokongan mereka terhadap rakyat Ukraine."
Terdahulu pada Khamis, Canselor Jerman Olaf Scholz berkata G7, forum ekonomi paling berkuasa di dunia, akan bersatu mengambil tindakan tegas.
Anggota G7 akan memutuskan sekatan tambahan dengan kerjasama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU), katanya.
Selain itu, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah mengumumkan sekatan terhadap Rusia selepas Moscow pada Isnin mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah timur Ukraine yang dikawal puak pemisah pro-Rusia.
G7 dianggotai Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan AS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Sambil menggesa Rusia menghentikan segera serangan itu, pemimpin G7 menegaskan "sokongan mereka terhadap rakyat Ukraine.- Gambar fail/AP
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Enam lelaki bertopeng samun tiga kilogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Ipoh.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Campur tangan pilihan raya: AS kenakan sekatan ke atas 19 warga Rusia
Amerika Syarikat kenakan sekatan ke atas 19 warga Rusia, kerana dakwaan penglibatan mereka dalam campur tangan pilihan raya presiden 2016 menerusi serangan siber.
Vladimir Putin palu gendang pilihan raya
Presiden Rusia Vladimir Putin memulakan kempen pilihan raya Rresiden Rusia yang dijadual berlangsung Mac tahun ini dengan membuka ibu pejabat kempen di Moscow.
MH17: Abbot tidak sabar mahu bersemuka Putin
Perdana Menteri Australia bertegas mahu berdepan Putin bagi mencari penyelesaian isu nahas pesawat MH17 yang mengorbankan warganegaranya.