Krisis Rusia-Ukraine: PBB harap perang tidak berpanjangan

Astro Awani
April 18, 2022 08:50 MYT
Sejak pencerobohan Rusia pada 24 Februari, sekitar 4.8 juta penduduk Ukraine menjadi pelarian. - Foto fail/REUTERS
GENEVA: Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berharap perang Rusia-Ukraine tidak berpanjangan.
Ini susulan bilangan pelarian Ukraine kini sudah melebihi 4.8 juta sejak pencerobohan Rusia.
Ketua UNHCR, Filippo Grandi bimbang situasi ini akan berubah kepada krisis kemanusiaan.
Tegas Grandi, peningkatan bilangan pelarian Ukraine antara yang paling tinggi.
Sejak pencerobohan Rusia pada 24 Februari, sekitar 4.8 juta penduduk Ukraine menjadi pelarian.
2.75 juta daripadanya sudah melarikan diri ke Poland.
Sementara itu lebih 740,000 pelarian tiba di Romania.
90 peratus daripada pelarian merupakan golongan wanita dan kanak-kanak.
Sebelum pencerobohan Rusia, Ukraine mempunyai populasi sekitar 37 juta orang.
Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk wilayah Crimea yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.
#PBB #Rusia #Ukraine #UNHCR
;