Krisis Rusia-Ukraine: Pangsapuri dibedil, lima maut dan 39 cedera

Astro Awani
Januari 15, 2023 09:00 MYT
Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam pangsapuri di Dnipro, Ukraine. - Foto AP
SERANGAN peluru berpandu Rusia mengenai bangunan kediaman sembilan tingkat di Dnipro, Ukraine pada Sabtu, membunuh sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan 39 yang lain.
Gabenor Wilayah Valentyn Reznichenko berkata, rakaman yang disiarkan oleh berita tempatan menunjukkan kesan kerosakan pada bangunan sembilan tingkat dan operasi menyelamat sedang dijalankan.
Pasukan penyelamat menggunakan kren untuk cuba memindahkan penduduk yang terperangkap di tingkat atas bangunan pangsapuri itu.
Sebahagian daripada mereka memberi isyarat dengan lampu suluh dan pada telefon bimbit mereka.
Ketua Perkhidmatan Kecemasan Negeri, Sergei Kruk berkata, sehingga kini 15 orang telah dikeluarkan dari runtuhan semasa operasi mencari dan menyelamat.
#peluru berpandu #kediaman #pangsapuri #terperangkap
;