Krisis Rusia-Ukraine: Imej satelit dedah kemusnahan di Mariupol

Astro Awani
Mac 13, 2022 00:17 MYT
Imej satelit dari Maxar Technologies menunjukkan hospital Mariupol sebelum serangan tercetus di Mariupol, Ukraine, 9 Mac 2022. (Foto AP)
IMEJ satelit baharu yang dikeluarkan Maxar Technologies pada Sabtu mendedahkan kerosakan besar kepada bangunan kediaman dan infrastruktur awam di Mariupol, Ukraine.
Dilaporkan, tentera Rusia terus melancarkan serangan di seluruh Ukraine pada hari tersebut, menggempur kawasan berpenduduk dengan tembakan meriam dan serangan udara.
Bandar pelabuhan Mariupol yang menjadi tumpuan serangan sengit dilaporkan mengalami kemusnahan.
Difahamkan, sebuah masjid di situ yang menjadi tempat perlindungan lebih 80 orang awam menjadi sasaran serangan.
Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai angka korban akibat tembakan di sekitar masjid itu.
#imej satelit #krisis Rusia-Ukraine #serangan udara #bangunan musnah