Krisis Rusia-Ukraine: Biden gelar Putin penjenayah perang
Astro Awani
Mac 17, 2022 11:00 MYT
Mac 17, 2022 11:00 MYT
WASHINGTON DC: Presiden Joe Biden menggelar Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai penjenayah perang susulan kekejaman di Ukraine yang meningkat.
Biden turut memohon bantuan lebih lanjut daripada Kongres Amerika Syarikat.
Ia adalah kutukan paling tajam terhadap tindakan Putin dan Rusia oleh seorang pemimpin Amerika Syarikat sejak pencerobohan Ukraine.
Walaupun pemimpin dunia lain telah menggunakan perkataan itu, pendirian White House untuk mengisytiharkan tindakan Putin sebagai penjenayah perang masih belum jelas, dengan alasan ia adalah istilah undang-undang yang memerlukan kajian lebih mendalam.
Namun dalam ucapan pada Rabu, Biden berkata tentera Rusia telah mengebom sebuah hospital dan menjadikan doktor sebagai tebusan.