Krisis Rusia-Ukraine: Angelina Jolie buat lawatan mengejut ke Ukraine
Astro Awani
Mei 1, 2022 10:00 MYT
Mei 1, 2022 10:00 MYT
LVIV: Bintang Hollywood Angelina Jolie melakukan lawatan mengejut ke wilayah Lviv di Ukraine pada Sabtu.
Beliau melawat institusi perubatan dan bercakap dengan kakitangan dan pegawai tempatan tentang kesan konflik itu terhadap kehidupan mereka.
Aktress itu juga bertemu dengan kanak-kanak yang terperangkap dalam serangan peluru berpandu Rusia di stesen kereta api berhampiran Kramatorsk.
Sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera apabila balai itu diserang pada 8 April.
Jolie ialah duta muhibbah untuk Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dari 2001 hingga 2012, apabila beliau dilantik sebagai duta khas.
Bagaimanapun, dipercayai beliau terbang ke Ukraine atas kapasiti peribadi.