Krisis Rusia-Ukraine: 70 juta lagi bakal berdepan kebuluran
Astro Awani
September 16, 2022 09:20 MYT
September 16, 2022 09:20 MYT
NEW YORK: Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mengakibatkan terdapat pertambahan 70 juta orang bakal berdepan isu kebuluran.
Menurut Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kini dianggarkan 345 juta orang menghampiri kebuluran di 45 negara seluruh dunia.
Ini jelasnya berikutan terdapat gangguan eksport bijiran Ukraine dan eksport baja Rusia.
Selain itu, konflik dalaman juga mendorong kepada isu kebuluran ini.
Ia jelas dilihat di beberapa negara seperti Habsyah, Nigeria, Sudan, Yaman dan Somalia.