Krisis Rusia-Ukraine: 60 peluru berpandu Rusia ditembah jatuh

Astro Awani
Disember 17, 2022 11:00 MYT
Anggota tentera Ukraine dilihat menembak ke arah tentera Rusia di Kherson. - Foto AP
KIEV: Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal mendakwa 60 daripada 76 peluru berpandu Rusia ditembak jatuh pada Jumaat oleh tentera udara Ukraine negara itu.
Jelasnya, Rusia melepaskan tembakan ke arah infrastruktur tenaga.
Ketika ini, Ukraine berdepan kekurangan tenaga yang serius di seluruh negara.
Wilayah utara, selatan dan tengah Ukraine mengalami kerosakan terbesar.
Pihak berkuasa Kiev turut mendakwa, satu serangan roket terbesar berjaya dipintas dan pasukan tentera udara berjaya menembak jatuh hampir semua tembakan yang memasuki ruang udara bandar itu.
Turut dilaporkan seorang cedera dalam insiden berkenaan.
#peluru berpandu #infrastruktur tenaga #Denys Shmyhal #serangan roket
;