Krisis perumahan: Penunjuk perasaan bantah keputusan kabinet

Astro Awani
April 2, 2023 10:30 MYT
Penunjuk perasaan mengusung replika sebuah rumah bagi menuntut penyelesaian bagi menghadapi krisis perumahan di Lisbon, Portugal. - Foto AP
LISBON: Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan di Lisbon dan beberapa bandar lain di seluruh Portugal bagi membantah hak asas perlembagaan untuk perumahan.
Aantara tuntutan lain termasuk hak mereka ke atas bandar, penamatan eksploitasi dan peningkatan kos sara hidup.
Penunjuk perasaan menggesa perumahan yang layak untuk semua lapisan masyarakat.
Ia susulan pelancaran pakej bantuan untuk tangani masalah harga rumah yang diluluskan oleh Kabinet pada Khamis.
Bagaimanapun langkah tidak meyakinkan rakyat yang menganggap pakej itu hanya akan menyukarkan mereka nanti.
Ia termasuk memudahkan pengusiran dan peningkatan faedah cukai.
Ketika ini, rata-rata rakyat Portugal termasuk kelas pertengahan, ditakrifkan daripada pasaran hartanah Portugal dengan kenaikan sewa, lonjakan harga rumah dan kenaikan kadar gadai janji, didorong oleh beberapa faktor termasuk peningkatan kemasukan pelabur asing dan pelancong yang mencari sewa jangka pendek.
Ia turut menyebabkan kenaikan harga yang memaksa penduduk tempatan di luar kawasan kejiranan mereka.
Susulan itu, aktivis membantah perkara tesebut.
Ia menuntut referendum untuk menghentikan sewa percutian jangka pendek di Lisbon.
Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 5,000 tandatangan untuk memulakan proses referendum di Dewan Bandaraya.
#krisis perumahan #tunjuk perasaan #harga rumah #kabinet
;