Krisis Myanmar: Rampasan kuasa sebabkan perang kembali selepas 25 tahun
Astro Awani
April 28, 2021 07:35 MYT
April 28, 2021 07:35 MYT
RAMPASAN kuasa Myanmar mengembalikan perang ke sempadan terpencil Asia Tenggara itu selepas 25 tahun.
Ini membuatkan generasi baru penduduk kampung di Myanmar dan Thailand melarikan diri untuk berlindung daripada peluru dan bom.
Pemberontak etnik Karen dan tentera Myanmar bertempur dekat sempadan Thailand selama berminggu-minggu sejak rampasan kuasa 1 Februari.
Karen dan etnik minoriti lain yang mencari autonomi dan berpusat di wilayah sempadan, menyokong kumpulan penentang terhadap junta.
Mereka menawarkan bantuan kepada kumpulan pro demokrasi, sekali gus mengundang peningkatan ketegangan ke atas tentera.
Sebelum Subuh pada Selasa, para pejuang Karen menggunakan tentera Myanmar 'thaw leh ta' di tebing barat Sungai Salween, yang membentuk sempadan dengan Thailand, untuk menyelusuri lereng-lereng hutan yang curam menuju ke Teluk Bengal.
Tentera Myanmar berjaya menakluk 'thaw leh ta' sejak 1995, kali terakhir ia dilanda perang.
Mereka menawan markas kumpulan gerila Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) tidak jauh dari selatan.
Terpisah dan dihalau dari sebahagian besar wilayahnya di timur Myanmar, KNU bersetuju dengan gencatan senjata pada 2012 yang mengakhiri pemberontakan yang bermula setelah Myanmar merdeka pada 1948.
Kini, perang kembali meletus dan tentera Myanmar melancarkan serangan udara berulang kali terhadap KNU.
Ia membuatkan hampir 15,000 penduduk desa melarikan diri ke hutan dengan beberapa ribu yang lain mencari perlindungan di sempadan Thailand.
Myanmar melancarkan serangan udara pada Selasa dan sekali lagi pada Rabu, dengan jet pejuang dan helikopter.
Namun, setakat ini tiada laporan mengenai bilangan kecederaan dan angka korban.
#Myanmar
#rampasan kuasa
#perang
#sempadan
#Thailand
#tentera
#thaw leh ta
#KNU
#Karen
#gerila
#hutan
#perlindungan
#etnik minoriti
#autonomi
#Junta
#peluru
#bom