Krisis Myanmar: Lebih 160 bangunan musnah dalam kebakaran di Thantlang
Astro Awani
Oktober 30, 2021 05:15 MYT
Oktober 30, 2021 05:15 MYT
THANTLANG: Lebih 160 bangunan termasuk dua gereja musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah pekan di utara Myanmar.
Kejadian berpunca daripada pertempuran pasukan tentera dengan penduduk di kota bergolak Thantlang.
Antara yang musnah termasuk sebuah pejabat badan amal dikenali sebagai Save the Children.
Menerusi rakaman visual dikongsi, api marak dilihat memusnahkan deretan rumah serta bangunan dengan kepulan asap yang tebal dapat dilihat dengan jelas.
Ini adalah merupakan kesan daripada kemelut politik sejak rampasan kuasa oleh junta tentera negara itu sejak Februari lalu.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian yang bermula pada Jumaat itu.
Lebih 10,000 penduduk melarikan diri dari pekan itu, sehingga ada yang meminta pertolongan di sempadan Mizoram di India.