Krisis kewangan: Sri Lanka mula rundingan penstrukturan semula hutang
Astro Awani
Mac 22, 2023 10:15 MYT
Mac 22, 2023 10:15 MYT
COLOMBO: Sri Lanka sedia memulakan rundingan penstrukturan semula hutang dengan pemiutang swasta.
Menurut Menteri Kewangan, Shehan Semasinghe, langkah ini bertujuan memulihkan semula kelestarian kewangan negara itu.
Sri Lanka sebelum ini berjaya peroleh AS$2.9 bilion dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dana itu akan mengurangkan beban hutan dan membantu ia keluar dari krisis ekonomi terburuk dalam tempoh tujuh tahun.
Ia menyebabkan gangguan import, termasuk bahan api, bekalan perubatan malah menyebabkan krisis politik.
"Bank pusat Sri Lanka akan memulakan rundingan secara rasmi dengan pemiutang. Rundingan ini akan dijalankan dengan telus dari awal.
"Kami berterima kasih kepada Paris Club, termasuk Jepun, India dan China yang memberikan jaminan kewangan kukuh untuk IMF meluluskan pakej kami," katanya.
Perjanjian IMF ini adalah langkah penting untuk Sri Lanka mengurangkan sebahagian hutang awam berjumlah AS$84 bilion.