Krisis kemarau di Texas: Tapak kaki dinosaur dikesan susulan sungai kering

Astro Awani
Ogos 25, 2022 10:30 MYT
Jejak tapak kaki dinosaur itu bagaimanapun hanya kelihatan untuk beberapa hari sebelum ia lenyap semula apabila hujan turun dan paras air sungai kembali naik. - Foto Dinosaur Valley State Park
CUACA panas dan kemarau melampau di Texas bukan sahaja mengeringkan sungai malah mendedahkan jejak reptilia gergasi dinosaur, yang hidup kira-kira 113 juta tahun lalu.
Ia dikesan di Dinosaur Valley State Park, berdekatan Fort Worth, Texas, di dasar sungai yang telah kering, setelah selama ini diliputi air serta sedimen.
Musim kemarau di kawasan itu menyebabkan Sungai Paluxy semakin cetek, menampakkan jejak dinasour itu yang tidak terjejas di sebalik lapisan sedimen dan tanah liat serta batu kapur.
Pegawai taman itu mendakwa, ia mungkin jejak terpanjang yang ditinggalkan seekor dinasour di Amerika Utara itu.
Jejak tapak kaki dinosaur itu bagaimanapun hanya kelihatan untuk beberapa hari sebelum ia lenyap semula apabila hujan turun dan paras air sungai kembali naik.
#cuaca panas #Texas #Dinosaur Valley State Park #sungai kering
;