Krisis diplomatik Qatar: Rakyat Malaysia selamat, bekalan makanan mencukupi

Isabelle Leong
Jun 7, 2017 18:08 MYT
Rakyat Malaysia dijamin berada dalam keadaan selamat serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Rakyat Malaysia dijamin berada dalam keadaan selamat serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
Menurut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Mohamad Shahir Sabarudin yang kini berada di Doha, “Stok makanan mencukupi. Jadi rakyat Malaysia di tanah air idak perlu bimbang dengan situasi ini.
“Pihak kedutaan juga telah menasihatkan kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka yang ingin pulang menyambut perayaan Aidilfitri di tanah air untuk menyemak pernerbangan. Kerana terdapat beberapa penerbangan yang tidak ada penerbangan keluar dan masuk dari Qatar seperti Etihad, Emirates dan Saudi Airlines. Jadi mereka perlu memikirkan Qatar Airways sebagai contoh untuk pulang ke Malaysia.”
BACA: Krisis Qatar: 5,000 rakyat Malaysia di Doha mungkin terkandas pulang Aidilfitri
BACA: Semua penerbangan ke Arab Saudi, Mesir dan Bahrain digantung - Qatar Airways
Krisis ini berlaku susulan pemutusan hubungan Arab Saudi dan beberapa negara lain dengan negara Timur Tengah yang kaya dengan minyak ini.
#Aidilfitri #Arab Saudi #Malaysia #penerbangan #Qatar #rakyat Malaysia
;