Krisis di Copenhagen: Seorang lelaki maut ditembak polis

AFP
Februari 15, 2015 05:46 MYT
Seorang lelaki maut ditembak polis dalam insiden tembakan berdekatan sebuah stesen kereta api di Copenhagen Ahad. -Gambar fail
Seorang lelaki maut ditembak polis dalam insiden berbalas tembakan berdekatan sebuah stesen kereta api di sini pada Ahad.
Kejadian berlaku hanya beberapa jam selepas dua orang terbunuh dan lima cedera dalam dua insiden tembakan di ibu negara Denmark itu.
"Polis sedang menyiasat jika dia suspek dalam insiden tembakan di Krudttoenden dan rumah ibadat di Krystalgade," kata polis dalam satu kenyataan.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL
#Copenhagen #Denmark #serangan #stesen kereta api #tembakan