Krisis Crimea: Turki desak lanjutan gencatan senjata
Astro Awani
April 10, 2021 07:11 MYT
April 10, 2021 07:11 MYT
ISTANBUL: Presiden Turki mendesak gencatan senjata dan siri dialog dilanjutkan dalam mencari penyelesaian konflik di timur Ukraine.
Recep Tayyip Erdogan membuat gesaan itu dalam satu sidang media bersama rakan sejawatnya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di sini.
Kunjungan Zelenskyy ke Turki dilakukan ketika ketegangan masih terjadi di timur Ukraine, di mana pasukan tentera negara itu bertempur dengan pihak pemisah yang disokong Rusia sejak 2014.
Erdogan dilihat mengulangi keputusan Turki untuk tidak mengiktiraf kawalan Rusia di semenanjung Crimea 2014.
"Turki tetap mempertahankan integriti dan kedaulatan wilayah Ukraine.
"Kami sekali lagi mengesahkan keputusan utama kami untuk tidak mengiktiraf Crimea yang digabungkan," kata Erdogan.
Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan tentang keselamatan Laut Hitam.
Rusia telah menguatkan tenteranya di sepanjang perbatasan dan memberi amaran kepada Ukraine agar tidak berusaha merebut kembali wilayah yang dikuasai pemisah.
Kyiv bagaimanapun menolak dakwaan ia sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan.
Kehadiran tentera Rusia di sempadan Ukraine dalam jumlah yang ramai menimbulkan kebimbangan di Amerika Syarikat dan Eropah.
#Ukraine
#Istanbul
#Rusia
#Turki
#Recep Tayyip Erdogan
#Volodymyr Zelenskyy
#puak pemisah
#krisis Crimea