Krisis Afghanistan: Komander Tentera AS telah berhubung dengan pemimpin Taliban
Astro Awani
Ogos 17, 2021 23:35 MYT
Ogos 17, 2021 23:35 MYT
AMERIKA Syarikat (AS) mengesahkan komander tentera mereka telah berkomunikasi dengan pemimpin Taliban di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul di Afghanistan.
Jurucakap Pentagon, John Kirby, mengesahkan perkara itu pada sidang akhbar di AS hari ini, namun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai butirannya, lapor CNN.
Kirby berkata, beberapa komander Tentera AS yang terbabit dalam operasi di lapangan terbang terbabit dapat berhubung dengan pemimpin Taliban.
"Komander AS berinteraksi dengan Taliban beberapa kali sehari," katanya yang enggan mendedahkan bagaimana komunikasi itu berlangsung.
Beliau berkata, biarlah keadaan semasa menunjukkan hasil perbincangan itu sambil merujuk kepada keadaan yang agak stabil di lapangan terbang berkenaan, yang menyaksikan penerbangan tentera dibenarkan keluar dan masuk sejak Selasa.
Kirby berkata, pasukan tentera yang berada di lapangan terbang berkenaan ditugaskan untuk memastikan keselamatan kawasan terbabit dan memastikan operasi penerbangan lancar.
#Afghanistan
#Taliban
#tentera AS
#Amerika Syarikat
#komunikasi
#lapangan terbang antarabangsa kabul