Krisis Afghanistan: 2 maut terjatuh ketika berpaut pada roda pesawat keluar dari Kabul

Agensi
Ogos 16, 2021 23:30 MYT
Sebelum ini, tular satu rakaman yang menunjukkan ratusan penduduk Afghanistan cuba mengejar pesawat yang meninggalkan negara tersebut. - Twitter
DUA rakyat Afghanistan disahkan terkorban selepas terjatuh ketika cuba berpaut pada roda pesawat yang terbang keluar dari Kabul.
Menurut ciapan di Twitter Tehran Times, dua mangsa yang terdesak untuk melarikan diri dari Afghanistan itu terjatuh ketika pesawat berkenaan berlepas.
Sebelum ini, tular satu rakaman yang menunjukkan ratusan penduduk Afghanistan cuba mengejar pesawat yang meninggalkan negara tersebut.

DISCLAIMER: DISTURBING FOOTAGE Two people who tied themselves to the wheels of an aircraft flying from Kabul, tragically fall down. pic.twitter.com/Gr3qwGLrFn

— Tehran Times (@TehranTimes79) August 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga kini, dilaporkan sekurang-kurangnya lima orang terkorban di Lapangan Terbang Kabul ketika ratusan penduduk cuba memasuki pesawat secara paksa dalam usaha meninggalkan ibu kota Afghanistan itu.
Menurut Reuters yang memetik kenyataan saksi di tempat kejadian, masih tidak jelas sama ada mangsa yang terkorban itu terjatuh selepas ditembak atau kerana diasak oleh orang ramai.
Situasi di lapangan terbang kini dipenuhi dengan ribuan penduduk bandar Kabul yang cuba untuk meninggalkan negara tersebut.
BACA: Presiden Afghanistan tinggalkan negara untuk elak pertumpahan darah
Krisis Afghanistan | Ada yang terkorban ketika cuba lari keluar
Berikutan keadaan itu, tentera Amerika Syarikat terpaksa melepaskan tembakan ke udara untuk mengawal keadaan.
Sehubungan itu, lapangan terbang awam Kabul kini sudah ditutup dan laluan udara telah diserahkan kepada pihak tentera dengan penerbangan komersial terpaksa ditangguhkan.
#Afghanistan #pesawat #tembakan #Amerika Syarikat #Twitter #Kabul #Taliban #terjatuh #terkorban
;