KRI Nanggala 402: Jokowi doa operasi SAR lancar
Astro Awani
April 22, 2021 07:16 MYT
April 22, 2021 07:16 MYT
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) minta rakyatnya mendoakan supaya operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam KRI Nanggala 402 berjalan lancar.
Kata Jokowi, beliau faham perasaan ahli keluarga kru kapal selam berkenaan dan berjanji akan melakukan apa yang terdaya.
"Saya telah memerintahkan ketua tentera, ketua turus tentera laut bersama agensi berkaitan untuk berusaha sebaik mungkin dengan sepenuh kekuatan dalam usaha mencari dan menyelamat ini.
"Keutamaan kita ialah keselamatan 53 kru (kapal selam) itu.
"Saya mohon rakyat Indonesia semuanya mendoakan operasi mencari dan menyelamat KRI Nanggala 402 berjalan lancar dan dipermudahkan dan semoga semua kru berada dalam keadaan selamat," kata Jokowi.