Kotak hitam pesawat Ethiopian Airlines dijumpai

Astro Awani
Mac 11, 2019 12:02 MYT
Ethiopian Airlines mengesahkan kedua-dua kotak hitam perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) daripada pesawatnya yang terhempas pada Ahad telah dijumpai. -AP
Ethiopian Airlines mengesahkan kedua-dua kotak hitam daripada pesawatnya yang terhempas pada Ahad telah dijumpai.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya di Twitter pada Isnin menyebut bahawa perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) itu berjaya ditemukan di lokasi nahas.

Accident Bulletin no. 6 Issued on March 11, 2019 at 01:40 PM Local Time The Digital Flight Data Recorder(DFDR) and Cockpit Voice Recorder(CVR) of ET302 have been Recovered.

— Ethiopian Airlines (@flyethiopian) March 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kotak hitam itu walau bagaimanapun dilapor mengalami sedikit kerosakan dan tidak dapat dipastikan jika data daripadanya dapat diambil.
Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata pakar forensik telah tiba untuk membantu pihak berkuasa Etiopia yang mengetuai siasatan.
Pesawat penumpang dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Nairobi itu terhempas enam minit selepas ia berlepas, mengorbankan kesemua 157 penumpang dan kru.
#Addis Ababa ke Nairobi #CVR #Ethiopian Airlines #FDR #kotak hitam #pakar forensik #perakam data penerbangan #perakam suara kokpit