Kotak hitam Lao Airlines masih gagal ditemui
Astro Awani
Oktober 19, 2013 08:47 MYT
Oktober 19, 2013 08:47 MYT
Pakar antarabangsa dari Perancis, Singapura dan Thailand tiba di lokasi nahas tengah malam tadi bagi membantu pasukan forensik dan mencari kotak hitam pesawat.
Bantuan antarabangsa diperlukan ekoran kekurangan peralatan canggih dan tenaga kerja mahir.
Pasukan mencari dan menyelamat masih gagal menemukan kotak hitam pesawat ekoran bangkai pesawat tenggelam ke dalam Sungai Mekong.
Sementara itu pasukan penyelamat telah menemui sekurang-kurangnya lebih 27 mayat di lokasi pesawat itu terhempas.
Nahas itu disifatkan yang terburuk dalam sejarah negara itu apabila kesemua 49 penumpang, separuh darinya warga asing terbunuh termasuk seorang rakyat Malaysia.
Ketika nahas, pesawat jenis Turboprop ATR-72 itu terbang dalam keadaan cuaca buruk.