Koronavirus: Lebih 7,700 kes dengan angka kematian meningkat kepada 170

Faris Danial Razi
Januari 30, 2020 00:05 MYT
Jumlah kematian akibat koronavirus setakat ini mencecah 170 mangsa. -Gambar fail
SURUHANJAYA Kesihatan di Wilayah Hubei, China pada Khamis mengesahkan jumlah kematian akibat koronavirus meningkat sebanyak 37 kes.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian kini mencecah 170 orang setakat ini.
Dalam pada itu, sebanyak 1,032 lagi kes baharu telah disahkan di Hubei menjadikan jumlah tersebut melonjak hingga 4,586 kes.
Menurut laporan E China News, ia membawa jumlah kes daripada tanah besar China meningkat lebih 7,700.
Pada masa sama, laporan tersebut memberitahu setakat ini seramai 124 orang telah diberi kebenaran untuk discaj daripada hospital setelah disahkan sembuh.
BACA: Jururawat positif koronavirus, kembali bertugas di hospital sebaik sembuh
Setakat ini, kebanyakan kerajaan dari seluruh dunia telah mengambil langkah membawa pulang warga masing-masing ke negara asal susulan jumlah kematian yang semakin meningkat.
Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan perbincangan bersama pakar-pakar untuk menentukan sama ada penularan novel koronavirus sudah sampai ke tahap kecemasan kesihatan global malam ini.
BACA: WHO akan bermesyuarat tentukan status terkini penularan koronavirus
BACA: Koronavirus: Kerajaan tidak akan lanjutkan visa pelancong China yang berada di Malaysia - TPM
#China #kerajaan #kesihatan #koronavirus #pelancong #virus #WHO #Wilayah Hubei