Koronavirus: Kuarantin di Pulau Natuna, rakyat Indonesia tunjuk perasaan

Agensi
Februari 2, 2020 17:43 MYT
Tunjuk perasaan itu diadakan di ibu negara Ranai yang terletak beberapa kilometer dari pangkalan tentera yang dikawal ketat. - Gambar AP
Tindakan kerajaan Indonesia mengkuarantin rakyat negara itu yang baru tiba dari Wuhan di Pulau Natuna telah mencetuskan tunjuk perasaan pada Ahad.
Keputusan mengasingkan rakyat republik itu di pulau berkenaan bagi mencegah penyabaran wabak koronavirus mengakibatkan kemarahan dalam kalangan penduduk.
Tunjuk perasaan itu diadakan di ibu kota Ranai yang terletak beberapa kilometer dari pangkalan tentera yang dikawal ketat.
Rakaman video yang disiar stesen televisyen kerajaan TVRI menunjukkan puluhan penunjuk perasaan berkumpul di sepanjang jalan menuju ke pangkalan tentera itu.
Dilaporkan, pertengkaran kecil antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan turut tercetus.
[LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 300 nyawa
Terdahulu, pesawat komersial penerbangan Batik Air yang membawa 238 warga Indonesia dari wilayah Hubei, China mendarat di Lapangan Terbang Hang Nadim, Pulau Batam, kira-kira pukul 8.45 pagi Ahad waktu tempatan.
Kesemua mereka kemudiannya diterbangkan dengan menggunakan tiga pesawat tentera ke Pulau Natuna, Provinsi Kepulauan Riau yang terletak di Laut China Selatan bagi menjalani proses kuarantin selama 14 hari.
#BatikAir #Indonesia #keselamatan #koronavirus #penerbangan #pesawat #Wabak koronavirus
;