Koronavirus: Kes pertama di Belgium direkodkan

Agensi
Februari 4, 2020 17:50 MYT
Agensi kesihatan Belgium memaklumkan, kesemua sembilan individu itu telah menjalani siri ujian di sebuah hospital tentera di Brussels. - Gambar Hiasan
Seorang daripada sembilan warga Belgium yang dibawa pulang dari Wuhan, China pada Ahad lalu disahkan positif novel koronavirus (2019-nCoV), sekaligus, direkodkan sebagai kes pertama di Belgium.
Agensi kesihatan Belgium memaklumkan, kesemua sembilan individu itu telah menjalani siri ujian di sebuah hospital tentera di Brussels.
Hasil ujian itu menunjukkan baki lapan lagi individu itu disahkan negatif 2019-nCoV.
Bagaimanapun, tiada perincian didedahkan berkenaan individu yang disahkan positif itu.
Namun agensi kesihatan Belgium memaklumkan mangsa berada dalam keadaan sihat selain tidak menunjukkan sebarang gejala virus tersebut.
BACA: Koronavirus: KKM sahkan kes pertama warganegara Malaysia
BACA: Koronavirus: Hong Kong rekod kematian pertama
#Belgium #coronavirus #kes pertama di Belgium #kesihatan #koronavirus
;