Koronavirus: Indonesia henti penerbangan ke Wuhan
Agensi
Januari 27, 2020 08:44 MYT
Januari 27, 2020 08:44 MYT
Indonesia mengambil langkah pencegahan awal dengan menghentikan penerbangan ke bandar Wuhan, China. -AP
Indonesia mengambil langkah pencegahan awal dalam isu penularan wabak koronavirus dengan menghentikan penerbangan ke bandar Wuhan, China.
Wuhan merupakan sebuah bandar yang terletak di wilayah Hubei dan menjadi titik awal penularan wabak koronavirus.
Sistem keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta turut berbuat perkara sama dengan memperketatkan pemeriksaan suhu penumpang, terutama mereka yang datang dari China.
Peralatan pengesan suhu badan seperti thermal scanner digunakan untuk memeriksa suhu badan setiap penumpang yang mendarat di negara itu.
Ia dilakukan oleh kakitangan lapangan terbang dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Indonesia.
Setakat ini, Indonesia merupakan negara yang bebas daripada virus berkenaan.
Angka kematian akibat virus baharu itu terus meningkat dari semasa ke semasa selain pertambahan kes baharu yang direkodkan di beberapa buah negara selain China.
Antara kerajaan di dunia yang telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk Malaysia, Taiwan, Macau, Hong Kong, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura, Nepal, Perancis Dan Australia.
#China
#Indonesia
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#koronavirus
#Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta
#penerbangan