Koronavirus: China catat rekod kematian tertinggi dalam sehari
Azyyati Ahmad
Februari 8, 2020 12:17 MYT
Februari 8, 2020 12:17 MYT
JUMLAH kematian harian akibat wabak koronavirus di tanah besar China terus meningkat apabila angka pada Jumaat mencatat 86 kematian.
Lapor Suruhanjaya Kesihatan Negara China (NHC), jumlah kematian pada Jumaat itu adalah angka kematian tertinggi dalam masa sehari sejak pihak berkuasa China mula mengeluarkan kemas kini harian, lapor CNN.
Kemas kini itu juga mendapati jumlah kematian setiap hari di tanah besar China telah meningkat sejak beberapa minggu lalu.
Berikut pecahan jumlah kematian mengikut tarikh berdasarkan maklumat daripada NHC:
FEBRUARI
7 Feb: 86 kematian dilaporkan
6 Feb: 73 kematian dilaporkan
5 Feb: 73 kematian dilaporkan
4 Feb: 65 kematian dilaporkan
3 Feb: 64 kematian dilaporkan
2 Feb: 57 kematian dilaporkan
1 Feb: 45 kematian dilaporkan
JANUARI
31 Jan: 46 kematian dilaporkan
30 Jan: 43 kematian dilaporkan
29 Jan: 38 kematian dilaporkan
28 Jan: 26 kematian dilaporkan
27 Jan: 26 kematian dilaporkan
26 Jan: 24 kematian dilaporkan
25 Jan: 15 kematian dilaporkan
24 Jan: 16 kematian dilaporkan
23 Jan: 8 kematian dilaporkan
Pihak berkuasa China berkata sebelum 23 Januari, 17 mangsa meninggal dunia akibat koronavirus.
#China
#jumlah kematian tertinggi koronavirus dalam sehari
#kesihatan
#koronavirus
#meninggal dunia
#Suruhanjaya Kesihatan Negara China NHC
#Wabak koronavirus