Koronavirus: Australia kenakan sekatan terhadap semua pengembara dari China

Agensi
Februari 1, 2020 15:02 MYT
Keputusan itu dibuat susulan syarat sekatan kemasukan pelancong oleh Singapura dan Amerika Syarikat yang menjejaskan pergerakan krew serta cabaran kepada sistem logistik. - Foto Twitter/Qantas
PERDANA Menteri Australia, Scott Morrison mengumumkan sekatan terhadap semua pengembara dari China kecuali penduduk tetap serta warganegaranya sendiri.
Agensi antarabangsa melaporkan, sekatan itu dikenakan terhadap semua yang meninggalkan atau transit di China sejak 1 Februari.
Selain itu, Morrison memaklumkan, Australia turut meningkatkan tahap amaran nasihat perjalanan kepada tahap 4, sekaligus menasihati rakyatnya untuk tidak ke China susulan penularan wabak novel koronavirus.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 250 nyawa
BACA: Koronavirus: Singapura buat peraturan untuk pelawat dari China
Sehingga 4 petang waktu tempatan, 10 kes positif novel koronavirus disahkan di negara itu.
Sementara itu, syarikat penerbangan Australia, Qantas menggantung dua laluan ke Beijing dan Shanghai bermula 9 Februari hingga 29 Mac.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, syarikat tersebut berkata keputusan itu dibuat susulan syarat sekatan kemasukan pelancong oleh Singapura dan Amerika Syarikat yang menjejaskan pergerakan krew serta cabaran kepada sistem logistik.
Bagaimanapun, penerbangan ke Hong Kong tidak terjejas.
Pada Jumaat, Singapura dan Amerika Syarikat mengumumkan bahawa semua pelawat yang pernah ke China dalam tempoh 14 hari lalu tidak akan dibenarkan memasuki negara berkenaan.
Setiausaha Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika Syarikat, Alex Azar berkata, negara itu menggantung sementara kemasukan ke Amerika Syarikat oleh warga asing yang berpotensi menjangkiti novel koronavirus (2019-nCoV).

Read our update on China services here: https://t.co/07S21k5ZmD

— Qantas (@Qantas) February 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat #Australia #Beijing #China #coronavirus #Hong Kong #koronavirus #penerbangan #Qantas Airline #Singapura
;