Koronavirus: Angka kematian di China naik 73 dengan 3,694 jangkitan baru
Astro Awani
Februari 5, 2020 07:01 MYT
Februari 5, 2020 07:01 MYT
ANGKA kematian akibat koronavirus baharu (2019 nCoV) mencipta rekod baru di China, dengan 73 kes dicatatkan dalam sehari, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Khamis.
Sehubungan itu, jumlah kematian terkini akibat 2019 nCoV di tanah besar China adalah sebanyak 563.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) berkata, kes yang disahkan positif jangkitan tersebut meningkat sebanyak 3,694 pada Rabu, menjadikan keseluruhannya 28,018 di seluruh negara.
Kebanyakan kes adalah di dalam wilayah Hubei, pusat di mana wabak itu bermula.
Pihak berkuasa kesihatan di Hubei melaporkan 70 kematian baru, juga satu rekod baru, dan 2,987 kes baru yang disahkan pada Khamis.
Ini membawa kepada keseluruhan 549 kes kematian dan 19,665 kes jangkitan di wilayah itu.
Terdahulu pada Selasa, pegawai kesihatan di Hubei melaporkan 65 kematian dan 3,156 kes baru.