Korea Utara usir duta Malaysia, diisytihar 'Persona Non Grata'
Agensi
Mac 6, 2017 20:13 MYT
Mac 6, 2017 20:13 MYT
Korea Utara berkata negara itu telah mengarahkan pengusiran Duta Malaysia ke negara itu dan dianggap individu "Persona Non Grata" atau 'Orang Yang Tidak Dihargai'.
Duta Malaysia juga dikehendaki untuk meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam bermula 10 pagi pada Ahad, lapor agensi berita rasmi negara itu KCNA hari ini.
Laporan itu muncul ketika Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol dalam perjalanan pulang ke Pyongyang selepas diusir Malaysia susulan kekeruhan hubungan diplomatik kedua-dua negara ekoran insiden pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam di klia2.
Kang Chol melakukan penerbangan pulang melalui Beijing China petang tadi.
Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad sebelum ini telah dipanggil pulang oleh Wisma Putra berhubung kontroversi kes kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.
Mohamad Nizan tiba di tanahair pada 22 Februari lalu.