Korea Utara umum uji peluru berpandu jarak jauh

Astro Awani
September 12, 2021 07:58 MYT
The Worker's Daily yang menunjukkan dua foto peluru berpandu dilancarkan bersama dengan artikel memperincikan ujian tersebut. - Foto KCNA via REUTERS
KOREA UTARA umum ia berjaya menguji peluru berpandu jarak jauh baharu pada Sabtu dan Ahad dalam satu pengumuman dibuat awal pagi Isnin.
Peluru berpandu itu terbang selama lebih 7,500 saat atau sekitar 2 jam di atas ruang udara Korea Utara dan mengenai sasaran pada jarak 1,500 kilometer.
Ia dilaporkan akhbar utama Korea Utara, The Worker's Daily yang menunjukkan dua foto peluru berpandu dilancarkan bersama dengan artikel memperincikan ujian tersebut.
Menurut laporan The Associated Press yang memetik Agensi Berita Pusat Korea, turut menerbitkan laporan dan foto yang sama.
Tiada laporan sama ada pemimpin tertinggi Kim Jong Un turut serta dalam latihan tersebut.
Sementara itu ujian berkenaan dilapor dipantau ahli Politburo dan pakar program pembangunan peluru berpandu Korea Utara, Pak Jong Chon.
#peluru berpandu #Korea Utara #Kim Jong Un #latihan
;