Korea Utara uji peluru berpandu balistik jarak sederhana baharu - KCNA

Bernama
November 15, 2023 12:15 MYT
Ujian itu bertujuan untuk menilai spesifikasi teknikal enjin yang baru dibangunkan untuk peluru berpandu balistik jarak pertengahan. - Foto AP
SEOUL: Korea Utara telah membangunkan enjin bahan api pepejal tujahan tinggi jenis baharu untuk peluru berpandu balistik jarak sederhana, Xinhua memetik laporan rasmi Agensi Berita Korean Central News Agency (KCNA) pada Rabu.
Industri peluru berpandu negara itu berjaya menjalankan ujian tujahan darat julung kali bagi enjin peringkat pertama dan enjin peringkat kedua masing-masing pada 11 dan 14 Nov, kata laporan itu.
Ujian itu bertujuan untuk menilai spesifikasi teknikal enjin yang baru dibangunkan untuk peluru berpandu balistik jarak pertengahan, kata laporan itu.
Ujian itu merupakan satu proses penting untuk meningkatkan lagi keupayaan serangan strategik angkatan tentera Korea Utara berdasarkan persekitaran keselamatan yang berbahaya dan tidak stabil yang dihadapi negara dan situasi ketenteraan masa depan di rantau itu, lapor KCNA.
-- BERNAMA
#Korea Utara #peluru berpandu balistik #ujian tujahan darat #Angkatan Tentera
;