Korea Utara uji lagi peluru berpandu
Agensi
Julai 4, 2017 13:41 MYT
Julai 4, 2017 13:41 MYT
Korea Utara hari ini melancarkan peluru berpandu balistiknya, beberapa hari selepas pemimpin baharu Seoul, Moon Jae-in dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi tumpuan kepada ancaman Pyongyang dalam pertemuan mereka.
Kementerian Pertahanan Jepun memaklumkan, peluru itu mungkin jatuh di zon ekonomi eksklusif negara itu, merujuk kepada lingkungan 200 batu nautika dari pesisir pantainya.
Tentera Korea Selatan berkata, peluru berpandu yang tidak dikenal pasti jenisnya itu dilancarkan dari kawasan berhampiran Banghyon, wilayah Pyongan Utara.
Pelancaran itu juga ketika Amerika Syarikat dalam persiapan menyambut cuti 4 Julai sempena hari kemerdekaan negara itu.
Ia disifatkan provokasi terbaru yang memburukkan lagi ketegangan membabitkan senjata nuklear Korea Utara.
Pyongyang melancarkan beberapa peluru berpandu, sejak Jae-in dipilih sebagai Presiden Korea Selatan, Mei lalu.
#balistik
#Banghyon
#Donald Trump
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Moon Jae-in
#peluru berpandu
#presiden as
#Pyongan
#Seoul