Korea Utara uji dron nuklear dasar laut

Bernama
Mac 24, 2023 14:48 MYT
Latihan menguji dron terbabit dilaksanakan di luar pantai Daerah Riwon pada Selasa, mencapai titik sasaran di perairan Teluk Hongwon. - Fail/REUTERS
MOSCOW: Korea Utara menguji dron Haeil yang mampu membawa senjata nuklear dari dasar laut dan melancarkan ujian kepala peledak di Laut Jepun, Sputnik memetik Agensi Berita Pusat Korea yang dikendalikan kerajaan ( KCNA) pada Jumaat.
Latihan itu dilaksanakan di luar pantai Daerah Riwon pada Selasa, mencapai titik sasaran di perairan Teluk Hongwon, menurut laporan itu.
Dron itu bergerak pada kedalaman 80 hingga 150 meter (dari 262 hingga 492 kaki) di Laut Jepun selama 59 jam dan 12 minit.
Senjata itu direka untuk mencipta 'tsunami radioaktif' untuk memusnahkan kapal tentera laut musuh.
-- BERNAMA
#Korea Utara #dron bawah laut #senjata nuklear #ujian kepala peledak
;