Korea Utara tingkat tekanan ke atas Korea Selatan

Astro Awani
April 2, 2013 18:30 MYT
Korea Utara terus meningkatkan tekanan terhadap Korea Selatan apabila berikrar akan memulakan semula reaktor nuklear.
Korea Utara juga dilaporkan sedang membina senjata nuklear yang mampu mencapai sasaran hingga ke Amerika Syarikat (AS).
Perkembangan terbaru itu turut mencetuskan kebimbangan terhadap Washington.
Jurucakap Jabatan Am Utara Tenaga Atom berkata para saintis akan memulakan kerja pengayaan Uranium bagi menghasilkan bahan api.
Langkah itu dikatakan sebagai sebahagian daripada usaha menyelesaikan masalah kekurangan tenaga elektrik di negara berkenaan.
Dalam masa sama ia juga menambahkan kekuatan tenaga nuklear.
Pyongyang sebelum ini melancarkan ujian nuklear ketiga yang menimbulkan kemarahan antarabangsa.
#Korea Selatan #Korea Utara #lancar serangan #reaktor nuklear #Washington
;